173- Hilangkan pandangan makhluk kepadamu kerana puas dengan penglihatan Allah kepadamu, dan lupakan perhatian/menghadapnya makhluk kepadamu kerana melihat bahawa Allah menghadap kepadamu.
Seorang tidak dapat mencapai hakikat kewalian sehingga menghilangkan pandangan orang dari fikirannya, sehingga ia tidak melihat apa-apa didunia, hanya ia dengan Tuhan yg menjadikannya.
Tidak seorang pun yg dapat menguntungkan atau merugikan, atau dapat menghilangkan perasaan diri/hawanafsunya, sehingga ia tidak menghiraukan pandangan orang kepadanya, dan tidak segan atau takut kepada mereka, apa sahaja yg akan terjadi.
Mengharapkan kepuasan daripada semua manusia itu suatu tujuan yg tidak mungkin tercapai, dan sebodoh-bodoh manusia siapa yg berusaha untuk mendapatkan apa yg tidak mungkin tercapai.
Seorang yg sempurna akal fikiran didalam beramal hanya menuju kepada hak, benar dan diridhai Allah, hanya itu sahaja yg dikerjakan.
Seorang yg benar-benar ikhlas iaitu yg tidak menghiraukan dinilai apa saja oleh sesama manusia, asalkan ia sudah benar hubungannya dengan Allah, dan tidak ada orang yg mengetahui walau sekecil debu dari amal kebaikannya, dan tidak takut jika ada orang yg mengetahui amal perbuatannya yg tidak baik.
Jikalau ia merasa enggan untuk diketahui orang kebusukannya, bererti ia ingin dipuji atau dibesar dalam pandangan orang, dan itu tidak termasuk kelakuan atau akhlak orang yg benar-benar ikhlas.
Cukuplah Allah yg menyaksikan segala amal perbuatanmu, dan cukuplah engkau yg menyaksikan rahsia wahdaniyyahNya.
_AL HIKAM
﷽۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ﷺ

