Taat.

Taat kepada Allah dan Rasul paling utama daripada taat kepada raja dan negara!

“Hati yg buta itu ialah hati yg tidak melihat Allah, dan hati yg sakit ialah hati yg suka mengeluh dan bersungut atas perbuatan Allah”

“Orang yg kembali kealam Lahut putuslah ia daripada selain Allah tanpa dekat dan jauh, tanpa arah dan berhadapan, tanpa bertemu dan berpisah”

“Siapa yg ingin merasa seronok dengan Allah, maka ia tidak boleh seronok dengan selain Allah”

Siapa yg suka mendampingi raja dan pembesar negeri, maka akan menjadi sombong dan keras hati!

“Jagalah hatimu tempat pandangan Tuhan, Dia cemburu melihat engkau berpaling kepada selain Dia”

“Siapa yg telah merdeka/bebas daripada pengaruh jasmaniahnya, maka ia tidak berhajat lagi kepada segala sesuatu selain Allah”

“Takdir Allah tidak dapat disekat/ditahan dan diubah oleh apa-apapun dan sesiapapun”

“Jangan engkau bergantung dengan sembahyangmu, tetapi bergantunglah dengan Yg menyembahyangkanmu”

“Ramai manusia hanya bersuka-suka dialam mulki (alam zahir) ini sahaja, dan mereka tidak dapat mengembara kealam malakut, alam jabarut dan alam lahut, maka alam lahut ialah tempat kesudahan bertemu(makrifat) dengan Allah”

“Orang alim diakhir zaman terikat/ditawan oleh makhluk dialam mulki (dunia) ini, maka mereka tidak dapat naik kepada alam malakut, dan alam jabarut dan alam lahut, kerana mereka sangat kasih kepada duniawi dan merasa sudah cukup/memadai dengan ilmu syariat zahir yg mereka miliki itu”

“Ya Allah! Engkaulah yg mengujiku, dan Engkaulah jua yg menyabarkan aku, dan Engkau jua tempat aku meminta tolong dan menyerahkan diriku”

“Ya Allah! Wahai Pencipta segala sesuatu, aku memohon kepadaMu redha apa-apa yg Engkau telah takdirkan atasku”

“AKU adalah rahsia manusia, dan manusia adalah rahsiaKU. AKU adalah perbendaharaan yg tersembunyi, AKU ingin dikenali, maka AKU jadikan makhluk untuk mengenaliKU, maka AKU bukakan perkenalan DiriKU kepada hamba-hambaKU yg AKU kehendaki”

“AKUlah yg mengampuni segala kesalahan-kesalahanmu”

_BUTA SELAIN ALLAH

Hati mukmin.

NASYID UNTUK DIULANG DENGAN

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

ORANG MUKMIN YANG SEJATI -Hasnol Jamal

Orang mukmin yang sejati jika terbuat dosa

Hatinya luka punah sedih dan derita

Jiwanya parah tak boleh melupakannya sepanjang masa

Kalau ia anggota lahir

Tentu nampak berdarah

Kalaupun sembuh dari lukanya

Namun parutnya masih ada

Begitulah halus perasaan

Seorang hamba yang berdosa

Dia tak boleh melupakannya ,sepanjang masa

Bagaimana dia boleh melupakannya

Kerana parutnya masih ada

Ertinya ingatannya pada dosa

Tak boleh dilupakannya

Teringat sahaja Jiwanya terseksa

Teringat sahaja Hatinya derita

Payah sekali dia Mahu melupakannya

Perasaan ini anugerah

Dan nikmat dari tuhannya

Takut dengan dosanya itu

Jadi syafaat padanya

Tersiksa dengan dosa

Derita dengan kesalahan

Dianggap oleh Allah itulah

Hukuman pada hambanya

Moga di akhirat kelak terselamat

Daripada siksa neraka

Begitulah hati ,seorang mukmin

Sentiasa sahaja ia bergelora

Kerana takut dengan tuhannya

Lebih lagi setelah berbuat dosa !!!!!!!!!!!!

DENGAR SELALU SEMOGA TERSEMAT DALAM HATI JADILAH HATI ❤️ MUKMIN

Pandangan.

173- Hilangkan pandangan makhluk kepadamu kerana puas dengan penglihatan Allah kepadamu, dan lupakan perhatian/menghadapnya makhluk kepadamu kerana melihat bahawa Allah menghadap kepadamu.

Seorang tidak dapat mencapai hakikat kewalian sehingga menghilangkan pandangan orang dari fikirannya, sehingga ia tidak melihat apa-apa didunia, hanya ia dengan Tuhan yg menjadikannya.

Tidak seorang pun yg dapat menguntungkan atau merugikan, atau dapat menghilangkan perasaan diri/hawanafsunya, sehingga ia tidak menghiraukan pandangan orang kepadanya, dan tidak segan atau takut kepada mereka, apa sahaja yg akan terjadi.

Mengharapkan kepuasan daripada semua manusia itu suatu tujuan yg tidak mungkin tercapai, dan sebodoh-bodoh manusia siapa yg berusaha untuk mendapatkan apa yg tidak mungkin tercapai.

Seorang yg sempurna akal fikiran didalam beramal hanya menuju kepada hak, benar dan diridhai Allah, hanya itu sahaja yg dikerjakan.

Seorang yg benar-benar ikhlas iaitu yg tidak menghiraukan dinilai apa saja oleh sesama manusia, asalkan ia sudah benar hubungannya dengan Allah, dan tidak ada orang yg mengetahui walau sekecil debu dari amal kebaikannya, dan tidak takut jika ada orang yg mengetahui amal perbuatannya yg tidak baik.

Jikalau ia merasa enggan untuk diketahui orang kebusukannya, bererti ia ingin dipuji atau dibesar dalam pandangan orang, dan itu tidak termasuk kelakuan atau akhlak orang yg benar-benar ikhlas.

Cukuplah Allah yg menyaksikan segala amal perbuatanmu, dan cukuplah engkau yg menyaksikan rahsia wahdaniyyahNya.

_AL HIKAM

﷽۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ﷺ